Quantcast
Channel: mselim3.blogspot.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 100

Secebis Kisah Kehilangan Baju Besi Saidina Ali.

$
0
0
kisahbajubesisaidinaali

Apabila bergerak tentera Saidina Ali ke peperangan dengan Muawiyah di Siffin, terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, didapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di Kufah. 


Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut:"Wahai orang Yahudi. ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualkan  atau menghadiahkannya."

Berkata Yahudi itu:"Ini baju perisaiku dan ia berada di tanganku." 
Berkata Saidina Ali :"Kita bawa perkara ini kepada hakim." 

Maka perkara ini dibawa kepada hakim Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang Yahudi tersebut di depan hakim tersebut. 

Berkata Syuraih:"Katakanlah Wahai Amirul Mukminin." 

Berkata Saidina Ali :"Ya , Puteraku Hasan dan Husin tahu betul bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besiku dan tidak pernah aku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa." 

Syuraih : "Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya." 
Saidina Ali :"Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi bersabda:"bahawa Hasan dan Husin adalah ketua kepada para pemuda Syurga." 


Berkata si Yahudi itu lagi :"Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersebut memutuskannya.Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Dan Sesungguhnya baju besi ini memang baju besimu Saidina Ali. Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju ke siffin, maka baju besi terjatuh maka saya ambil baju besi tersebut." 



Berkata Yahudi itu lagi:"Saya katakan lagi ianya milik kamu." 

(Dipetik daripada m/s 226 sirah Amirul Mukminin, Dr.Ali As-Solabi) 

Namun, dari kisah di atas, amat jelas bahawa mengikut sistem pemerintahan islam, hakim bebas daripada pengaruh eksekutif. Dalam kisah yang dikemukakan, Saidina Ali yang merupakan Khalifah pada masa itu, berdepan dengan Syuraih (hakim Kuffah masa itu) dan terpaksa mengemukakan bukti untuk memenangkan tuntutan beliau. Walaupun Saidina Ali , merupakan seorang Khalifah namun hakim Syuraih tetap mengikut peraturan dan perundangan serta tidak sekalui-kali menuruti sahaja perintah Saidina Ali. Serta Saidina Ali yang merupakan khalifah pada masa itu tidak sekali-kali menggunakan pengaruhnya untuk memenangi tuntutan baju besi itu walaupun hakikatnya Saidina Ali boleh melakukannya. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 100