Quantcast
Channel: mselim3.blogspot.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 100

Tamar Madinah

$
0
0
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
tamar-madinah

Bumi Madinah memang terkenal dengan kesuburan dan terdapat banyak kebun tamar di dalamnya. Pohon tamar pula ada pelbagai jenis. Ada yang mengatakan ia mencecah 200 jenis dan hingga sekarang pun masih banyak lagi yang tidak kita ketahui. Apa yang penting disini, mengenai tamar madinah mempunyai kelebihan atau fadhilat seperti yang disebutkan dalam hadis seperti tamar nabi atau tamar ajwah masyur dikalangan orang awam. Ajwah atau tamar madinah ada disebutkan dalam hadis mengenai kelebihannya. Saad bin Abi Waqqas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda :"Sesiapa yang makan tujuh biji tamar ajwah pada waktu pagi nescaya racun dan sihir tidak akan memudharatkannya pada hari itu." 

(HR.Bukhari No.5769)

Imam Muslim meriwayatkan daripada Saad ra sabda Rasulullah saw: "Sesiapa makan tujuh biji tamar yang tumbuh diantara dua tanah hitam (sempadan Haram Madinah) di waktu pagi dia tidak akan terkena racun sehingga petang."

Menurut Imam Nawawi ra, hadis-hadis ini menunjukkan fadhilat atau kelebihan tamar ajwah Madinah. Juga mengenai kelebihan memakan tujuh biji tamar tersebut di waktu pagi. Hikmah mengapa dikhususkan 'ajwah madinah berserta bilangannya adalah menjadi rahsia syara' yang tidak diketahui oleh sesiapa. Namun, demikian kita wajib beriman dan mempercayai hikmah dan fadhilatnya.
-Syarah Sahih Muslim 14/3 dan Fathul Bari 10/251-

Adalah menjadi kebiasaan bagi setiap pengunjung yang datang ke Madinah akan membeli tamar 'ajwah Madinah untuk dibawa pulang ke tanah air. Kebanyakan peniaga tamar pula menawarkan harga yang begitu tinggi untuk tamar jenis ajwah ini.

Sebagai peringatan , bukan semua tamar yang dijual di Madinah mempunyai fadhilat tersebut. Ini kerana kebanyakan tamar ajwah di Madinah banyak diimport daripada luar. Oleh itu, bagi mereka yang ingin membeli dengan tujuan untuk mendapat fadhilat ini perlulah berhati-hati agar tidak tertipu. Namun, demikian semua jenis tamar mempunyai kelebihan dari segi kesihatan. 


Disamping itu, ada sejenis tamar yang disebut di dalam hadis Rasulullah saw tentang kelebihannya :"Sebaik-baik tamar kamu ialah 'Al-Barni' ia menghilangkan penyakit dan tidak mendatangkan penyakit".
(Fathul Bari 4/572 sahih Al-Jami' As-Soghir no.3303, As-Silsilah no.1844 kata Al-Albani : Hadis Sahih)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 100